“Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Diatas jalan inilah Rasulullah dan para sahabat baginda berjalan demikian juga kita dan para pendukung dakwah berjalan dengan tawfiq dari Allah. Kita dan mereka berjalan berbekalkan dengan iman, amal, mahabbah dan ukhuwwah. Rasulullah menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka diatas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan aqidah dengan kekuatan persatuan. Jadilah jemaah mereka jemaah contoh tauladan. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini.” (Syeikh Mustafa Mashyur)
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : من أراد أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله من قلبه فإن الله عزوجل ينزل العبد حيث أنزله العبد من نفسه ,
"Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."
Pendidikan yang mencetak insan menjadi insan yang cerdas dan cerdik IQnya tapi tidak mampu membuatkan air mata yang menitis, hati yang khusyuk dan tawadhu' ialah pendidikan yang tidak berjaya.
~Dr Yusuf al-Qardhawi~
Kembara Syuhada'
Al-Imam Hassan Al-Banna gugur syahid pada 12hb Februari 1949
"sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."
"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."
"Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah semata-mata dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah" "Kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran. Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah. Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah SAW."
Pesanan Akhir, As-Syahid Sayyid Qutb (senyum ditali gantung) pada 1965
Seandainya kau tangisi kematianku Dan kau siram pusaraku dengan air matamu Maka di atas tulangku yang hancur luluh Nyalakanlah obor buat umat mulia ini Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku Taman-taman indah di syurga bangga menerimaku Burung-burungnya berpesta menyambutku Dan bahagialah hidupku di sana.
Puaka kegelapan pasti ia kan hancur Fajarkan menyinsing Dan alam ini akan disinari fajar lagi Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya Jangan gentar berkelana ke alam abadi Di sana cahaya fajar memancar.
Abdul Aziz al-Rantisi (1947-2004)
"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache".
Dr. Nizar Rayyan (1959-2009)
"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah
Nadia Abu Marzuq Ummu Muhammad-Isteri As-Syahid Dr Aziz Rantisi
Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?
Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :
Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ?. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama
********************
~ Andai ISLAM di umpamakan seperti bangunan usang yang hampir roboh, maka akan aku berjalan seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda, aku tidak ingin mengutip ramai bilangan mereka, tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantuku & bersama denganku membina kembali bangunan yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..~ Imam Assyahid Hasan Al-Banna
"Jika Kamu Ingin Tahu Nasib Ummahmu Maka Lihatlah Generasi Kamu" -Imam Al-Ghazali-
"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-
aku punya jiwa perindu, aku rindukan kepimpinan maka aku mendapatkannya, aku rindukan kekhalifahan maka aku mendapatkannya, kini... aku merindukan SYURGA..." ~UMAR ABDUL AZIZ~
Banner
Reading..
Jika mahu mengetahui sifat seseorang itu, lihatlah pada buku yang memenuhi rak2 bacaan dirumahnya.. -imam Hassan Al-Banna-
Sahabat-sahibah yang mahu copy sesuatu dari blog ini tafaddhal masykura. Tetapi sila pautkan link blog ini jika artikel tersebut ditulis oleh admin dan jika artikel tersebut dicopy oleh admin dari mana-mana laman web, sila sertakan juga pautan laman web tersebut.
من يرحم يرحم, ومن لا يرحم لا يرحم
"Siapa yang menghormati, dia akan dihormati, siapa yang tidak menghormati, dia tidak akan dihormati"
Jadi, hormatilah hak orang lain jika anda mahu dihormati
Dan jika ada kesalah, kesilapan, kelemahan, mohon ditegur secara berhikmah. Sesungguhnya muslim yang lain tidak akan sanggup menyakiti, menipu/mendustakan mu'min yang lain, jazakallahu kheir.. :)